Sunday 17 July 2011

knp xboleh nak tido mlm ni.. bkn mlm lg dah..dah 2 pg dah pun.. apalah yg aku pikir..macam2 dalam kepala.. kalau tido kan bagus untung2 dapat mimpi best2..naik ke bulan ke.. dah la set alarm 4.30am.. nak bgun sahur dgn anak2 la hajatnya. harap2 jgn dkt2 nk sahur nnt tba2 aku pulak yg tertido x hengat. Kena msg sape2 ni wat talian hayat minta tolong kejut aku nanti. Kalau x naya...kesian anak2 nak puasa. Oh..lupa nak bagitau..knp tba2 aku create blog ni pun sb aku x boleh nak lelap mata la ni.. hehe.. Salam Perkenalan!! Semoga dgn bermulanya aku merapu x bertema pepagi ni, akan memberikan cetusan idea untuk aku berkongsi dengan kamu semua lepas ini.. :)

Saturday 16 July 2011

Aku dan Makan..

Topik paling aku gemar bicara adalah pasal yang berkait dengan makan.  Aku xlah suka makan sekadar biasa2 aje, tp aku mmg minat masak.  Kalau cakap bab masak mmg aku laju jer. 3 hari 3 malam pun boleh aje cakap bab masak...yang peliknya aku xlah kuat makan..kira biasa2 jelah.. hehehe.. aku tau korang mesti xpercaya kan..sb aku saiz L kan? Itulah masalah aku skrg..susah betul nak kurus walaupun aku diet mcm giler sekalipun. :(  

Aku pun xtahu mcm mn aku boleh minat masak..yang aku tahu dari zaman kanak2 aku mmg suka menyebuk dengan makcik2 masa kenduri kendara.  Aku kalau main masak2 bukan main2 punya..mesti masak betul2..walaupun bahan2nya hanyalah tanah yang dibancuh dengan air dijadikan 'cookies' dan juga kelopak jantung pisang yang dijadikan daging..periuk belanga aku adalah tin2 susu dan penutup tin milo 1.5 kg sebagai kuali.  Bila ingat2 balik..eeeee.... Kalau anak2 aku buat mcm tu skrg agaknya akulah yg plg bising.

Aku ingat lagi, first aku masak nasi masa aku darjah enam.  Kebetulan masa tu aku bersekolah sesi petang.  Selalu mak aku yang aku panggil ma tu xder dirumah pagi2 maklumlah banyak aktiviti, kuliah lah, ke surau lah.. mengajilah.. ermmm.. masa tulah aku curi2 masak.  Aku masak nasi dan goreng telur mata kerbau..masa tu xder rice cooker letriknya.. dapur pun dapur minyak tanah.  Mana ada gas lagi masa tu.  Aku berbekal kesekolah..macam best sangat Nasi Putih + Telur Mata + Kicap + Sos Cili.. meleleh kawan2 aku tengok bekal aku masa tu..hehehe 

Pernah juga aku masak curi2 kat asrama di UiTM Lendu..1994-95  Masa tu aku di asrama blok A (Kamsis Atiqah masa tu).  Sempatlah buat bubur  n pengat masa bulan puasa.. beberapa kali jugalah fused tendang kt hostel tu gara2 aku.. hehehe Kat bilik aku mmg macam2 ada.. cili, bawang..segalanya lah..itu xmasuk lagi botol kicap dan budu. 

Itulah titik tolaknya datang minat aku dengan masakan...Bukan lah nak kata aku pandai masak..tapi kira terror lah jugak..kekeke (koya kata anak aku si adam..Koya pun koya lah adam..) Bukan nak pujilah, tp biasanya masakan aku jarang mengecewakan.  Ahh...kalau dah makan bertambah2 tu nak kata apa lagi? Xkan nak kata x sedap kan? Mestilah sedap tu kan.. alaaa...manusia ni kadang2 dia saje x nak puji dpn2 kan.  hehehe.. (koya lagi..)

Aku mmg bangga kalau orang sudi makan masakan aku.  Walaupun makan sampai habis licin tak ingat kat aku pun xper.. seronok dan puas rasanya.  Dari dulu sampai sekarang, aku suka masak dan hantar kpd jiran2..xpun aku panggil kawan2 datang makan kat rumah.  Penat sikit pun xpelah..janji happy.. Pendek kata mmg aku demam kalau x  ke dapur..JOM IKUT AKU KE DAPUR!! aku nk tunjuk masakan aku.. yang nak cba buat sendiri nnt aku bg resepi.




 

BAKSO AKU


Bahan2:
bihun (celur)
bebola daging
kaki ayam(celur sekejap dan buang air)
Lengkuas
daun salam

Bahan tumis:
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 biji buah keras
1 inci kunyit
(semua ditumbuk lumat)

Cara2:
1.  Rebuskan bebola daging dan kaki ayam hingga mendidih.
2.  Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg ditumbuk.
3.  Masukkan bahan tumis di dalam rebusan yg sdg mendidih td.
4.  Masukkan lengkuas yg diketuk dan daun salam.
5.  Masukkan garam dan perisa.
6. Hidang bersama cili tumbuk, kicap cair, kicap manis dan sos cili serta daun sup dan bawang goreng.